Thursday, July 24, 2008

Bahasa Jiwa Bangsa






There are some arguments that i heard recently regarding the usage of language in our blog. When you have an english blog they will that you are snobbish (berlagak). When you have a Malay blog they will say you are kampung. The main reason I write in english is because.........



Aku lebih fasih berbahasa Malaysia/Melayu (sila pilih satu yang mana berkenan di hati) berbanding menggunakan bahasa Inggeris.



Letaklah aku di mana jua situasi pun : public speaking pengucapan awam, bertanya di mana tandas, sesat jalan, berapa harga baju ni etc. Aku lebih selesa berbahasa Malaysia. Sehubungan itu, (tengok aku siap boleh guna ayat-ayat formal sebagai penyambung satu ayat ke satu ayat) aku menggunakan Bahasa Inggeris dalam belog aku untuk memperbaiki penguasaan Bahasa Inggeris aku. Aku tahu Bahasa Inggeris aku taklah bagus sangat. Aku tidak pernah pijak negara orang putih, aku tidak pernah menduduki ujian penilaian Bahasa Inggeris peringkat antarabangsa. Aku cuma pernah duduk MUET je dan sikit lagi aku dapat band 6. Aku kekurangan 13 markah untuk dapatkan band yang tertinggi kerana writing skill kemahiran menulis aku teruk. Aku tidak articulate. AKu tidak tahu menggunakan kosa kata. Aku tidak ini dan aku tidak itu.




There is another thing when people say about bahasa penjajah. I don't see it that way. A language is a language based on the culture, history, tamadun, whatever that people have in this different part of the world. When you can speak more than one language then you should look at it as your own personal achievement. When you learn to speak English that doesn't mean you are going to forget how to speak in Malay. I think i have all the rights to say about this because i've been learning 3 languages at once since i was just a little kid. Bahasa pasar doesn't count, i have formal education in this 3 languages ok.



And you know what?


Aku bukan berbangsa melayu. I'm a Malaysian. Shame on you.




Nota kaki: Aku tidak pernah kata MUET sebagai kaedah yang terbaik untuk menilai tahap penguasaan Bahasa Inggeris masing-masing. Tapi kita masih boleh menilai tahap tersebut secara kasarnya dengan menggunakan MUET.

No comments: