Friday, August 22, 2008

Did you see my graduation hat?


Para bakal graduan sekalian,


sewaktu anda sibuk berdemonstrasi menyatakan kemarahan anda; sudahkah anda



1) memperbaiki gred pelajaran agar dapat mencapai sekurang-kurangnya second class upper

atau anda hanya sekadar lulus cukup makan dengan pointer 2.0?




2)memperbaiki kemahiran anda dalam menulis dan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris

atau hanya sekadar mahir menyebut I You sahaja?




3)memperbaiki pengetahuan anda dalam menghadapi dunia pekerjaan

atau hanya sekadar gagap apabila disoal orang dalam interview?




Masih banyak yang harus dipelajari dan diperbaiki agar anda dapat memasarkan diri dalam industri awam dan swasta sama ada di dalam mahupun di luar negara. Naib Canselor yang dilantik mempunyai keupayaan untuk menyelesaikan isu tersebut. Biarlah mereka yang menguruskannya. Anda harus tumpukan perhatian kepada masalah yang lebih serius- BOLEHKAH ANDA MENJADI SEORANG GRADUAN YANG DIKEHENDAKI DAN DIREBUT-REBUT DALAM SEKTOR PEKERJAAN DAN SETERUSNYA MENGATASI MASALAH PENGANGGURAN DI KALANGAN GRADUAN KELUARAN UNIVERSITI TEMPATAN?




Sila jawab soalan ini. Tiada markah yang akan diberi.

No comments: