Tuesday, May 20, 2008

The koronikle of narnia

Aku tak tau kenapa tapi hari ini aku ingin bercakap dalam bahasa melayu. I mean, menulis dalam BM. Semalam aku pegi tengok Narnia dekat MidValley bersama-sama rakan-rakanku. Well walaupun aku enjoy melihat pemandangan dalam filem tersebut, tapi ada part yang menyebabkan aku tertanya-tanya 'what the heck?!'.......



Cerita mengenai Putera Caspian yang ingin memohon bantuan raja dan permaisuri Narnia yang sekarang berada di London menjalani kehidupan normal. Pertama sekali aku ingin menyatakan bahawa aku tidak pernah baca buku Narnia. Jadi yang aku komen ni hanyalah berdasarkan movie sahaja. Kedua, jika anda belum tengok dan ada hajat untuk tengok movie tersebut, janganlah membaca post aku ini. (ataupun mungkin anda langsung tak faham apa yang aku sedang merapu ni) well don't say i didn't warn you.............






































































































Antara ke-empat-empat orang tersebut, hanya lakonan Lucy je yang ada improvement. Yang tiga orang tu macam kayu, stone, meja, kerusi. Haih....... kenapalah dorang tak boleh pilih orang yang ada perwatakan, ber character sikit. Lepas tu, apakah kewibawaan King Peter selaku king jika setiap kali berperang dan rasa macam dah kalah asyik suruh retreat je. bukannya sekali tapi dua kali beb dia suruh orang dia berundur, kesian makhluk-makhluk Narnia tu dapat king yang tidak berpotensi. Mungkin sebab dia muda kot........


Lepas tu, tengah aku busy makan pop corn (jagung meletup) dan menghayati babak mereka tengah bertarung dekat istana tu, aku tengok Susan macam tak buat apa2 je. macam blur....... melangok........... waktu dorang dah nak hampir kalah tu, penjahat tu (pakcik kepada Prince Caspian) suruh orang bawahannya tutup pintu untuk memerangkap dorang kat dalam istana. jadi adalah warga Narnia iaitu bull (aku tak tau nama dia) yang baik hati tolong angkat pagar berat tu, pastu King Peter bergegas keluar bersama-sama centaur dan lain-lain untuk melarikan diri. Takde orang pun yang berdiri di hadapan bull tersebut untuk melindungi dia (berfungsi sebagai shield dan mengakis segala panah dari pihak lawan), yelah tangan dia kan tengah angkat pagar tu, kaki dia pun tengah sibuk tampung keberatan pagar plastik tu. hello?! apa punya king? dia pula yang melarikan diri terlebih dahulu! patutnya dalam perang, engkau yang berada di barisan hadapan and you should also be last to leave. Kalau aku warga Narnia yang terperangkap tu, aku jadi hantu dan cari dorang balik terutamanya King Peter. Yang paling bestnya Susan tengok je situasi yang berlaku lepas tu dengan slow motion naik atas centaur tu. Blergh, i'm not impressed.




King Peter yang masih perlu buck up. masih belum matang dan wise untuk menjadi king lagi. patut jadi prince je. Jangan harap muka yang hensem and pretty boy je.




Lepas tu babak mana Susan dan Lucy lari mencari bantuan sewaktu pertarungan kedua. beginilah al kisah yang bermain di fikiranku kala melihat babak tersebut.



Tempat: hutan belantara



Aktor utama: Susan dan Lucy



peristiwa: tengah menaiki kuda untuk ke satu tempat tapi dikejar oleh tentera penjahat.



Susan: alamak ada tentera penjahatlah! Takpe, Lucy aku biarkan ko sorang-sorang untuk ke destinasi yang sepatutnya.



Lucy: Tapi aku takut sorang-sorang. Lagipun aku tak kuat dan aku ada pisau yang kontot (pendek) je.



Susan: jangan risau aku yakin dengan ko. Aku rasa aku boleh lawan semua tentera penjahat ni dengan panah aku je. walaupun aku panah punyahlah slow maut. Al maklumlah aku tak pernah berlatih semenjak kita berada di London. Lagipun aku tak pernah terfikir pula nak bawa pisau kontot macam kau punya. Yang membuktikan aku lagi bodoh adalah aku pakai panah zaman kuno walaupun orang lain dah pakai busur yang lagi cepat dan tepat.



******* Kemudian berlakulah pergelutan antara susan dan tentera penjahat dengan menggunakan panah dia yang maha slow tu aku pun tak heran kenapa dia kalah. Jadi sewaktu dia dah hampir nak kena bunuh, datanglah Price Caspian untuk menyelamatkannya.*********





susan: oh engkau datang juga rupanya Prince Caspian!



Prince Caspian: ya aku datang untuk menyelamatkan mu walaupun aku rasa engkau taklah cantik sangat, aku cuma datang kerana director arahkan aku.



susan: (dalam hati) yeah inilah masanya aku mengurat prince ini dengan menaiki kuda bersama-samanya. Bila lagi aku nak dapat peluang yang sedemikian. Kalau kat London, budak nerd berspec tebal tu je yang mengurat aku. Lucy mesti boleh melindungi dirinya sendiri walaupun aku tak yakin Aslan akan muncul. Jom kita pergi semula ke kubu.



Hello?! Susan aku taulah Prince Caspian tu hensem, malah bila aku kata dia hensem, boyfriend aku pun jeling kat aku. Takkan kerana kau mabuk cinta sampai kau lupa misi engkau yang sebenarnya untuk melindungi adik kecik ko Lucy yang hanya ada pisau kontot je.

Aku terbaca kat satu review kononnya dia adalah salah satu strong character. Strong? Weak you mean.


Patutlah Aslan tak muncul sampai saat2 akhir. Aku tau moralnya dia ingin mereka semua berani untuk membuat keputusan dan menerima akibat daripada keputusan yang dibuat.



Berikut merupakan perbualan aku dengan Aslan the Lion.



Aku: kenapa kau tak muncul pada awal-awal babak? aku pun heran dan tertanya-tanya sejak bila pulak engkau menjadi watak sampingan.


Aslan: Aku saja je memberi autoriti kepada king and queen of narnia untuk berani membuat keputusan sendiri tanpa pertolongan aku. Coz aku tau pada penghujung cerita nanti aku akan jadi tukang penyapu untuk segala kesilapan yang mereka buat.


Aslan: So berapa yang engkau bayar untuk tiket wayang ni?


Aku: Rm36 termasuk 2 orang yang aku belanja. T__T


Aslan: Hahahaha (ketawa terbahak-bahak sambil berguling-guling di atas lantai) Nasib engko lar.....


Aku:....................




No comments: